Perkhidmatan

    Perkhidmatan Reka Bentuk Laman Web & SEO untuk PKS Malaysia

    Kami membantu perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia membina, memperbaiki dan mengembangkan kehadiran digital mereka melalui laman web yang profesional, pantas, mesra mobile dan bersedia untuk SEO.

    Daripada reka bentuk dan pembangunan website sehingga SEO, Local SEO, penyelenggaraan dan redesign website sedia ada, setiap perkhidmatan kami direka supaya website anda bukan sekadar kelihatan baik — tetapi lebih mudah difahami, digunakan dan dihubungi oleh pelanggan.

    Apa yang Kami Boleh Bantu

    Setiap bisnes mempunyai keperluan berbeza. Ada yang memerlukan website baru, ada yang memerlukan website lama diperbaharui, dan ada yang sudah mempunyai website tetapi mahu mendapatkan lebih banyak trafik atau enquiry daripada Google. Pilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keadaan bisnes anda.

    Web Design

    Reka bentuk dan struktur laman web profesional untuk membina kepercayaan dan menjelaskan tawaran bisnes.

    Lihat Web Design

    Website Development

    Pembangunan teknikal, responsive layout, borang, WhatsApp, integrasi dan fungsi website.

    Lihat Website Development

    SEO

    Asas teknikal dan kandungan yang membantu Google memahami halaman serta topik website anda.

    Lihat SEO

    Local SEO

    Pengoptimuman untuk carian berkaitan lokasi, Google Business Profile dan pelanggan setempat.

    Lihat Local SEO

    Website Maintenance

    Kemas kini, backup, keselamatan, SSL, pemantauan dan sokongan teknikal.

    Lihat Website Maintenance

    Website Redesign

    Memodenkan website lama dari segi reka bentuk, struktur, mobile experience, content dan SEO.

    Lihat Website Redesign

    Website yang Sesuai dengan Keperluan Bisnes

    Tidak semua bisnes memerlukan website yang sama. Sebelum membina website, kami melihat jenis bisnes, pelanggan sasaran, perkhidmatan utama, cara pelanggan membuat enquiry dan matlamat jangka panjang website tersebut.

    • Bisnes baru yang perlukan kehadiran online yang profesional
    • PKS yang mahu website korporat yang lebih meyakinkan
    • Kontraktor dan syarikat pembinaan yang memerlukan halaman servis dan portfolio projek
    • Syarikat engineering dan industri yang perlu menerangkan perkhidmatan teknikal dengan jelas
    • Property, travel, homestay dan local services yang bergantung pada enquiry
    • Firma profesional yang memerlukan website untuk membina kredibiliti
    • Bisnes yang mahu membina trafik Google melalui SEO dan content

    Apa yang Biasanya Termasuk dalam Projek Website

    • Perancangan struktur halaman dan navigation
    • Reka bentuk responsif untuk desktop, tablet dan mobile
    • Content structure yang jelas dan mudah diimbas
    • Call-to-action dan enquiry flow yang sesuai
    • Contact form dan integrasi WhatsApp apabila diperlukan
    • Asas SEO on-page seperti title, meta description dan heading structure
    • Sitemap, canonical dan structured data apabila sesuai
    • Optimisation asas untuk prestasi dan pengalaman pengguna
    • Ujian sebelum pelancaran

    Bagaimana Kami Bekerja

    Proses yang sama digunakan untuk setiap projek supaya anda tahu apa yang berlaku pada setiap peringkat.

    1. 1

      Konsultasi

      Fahami bisnes, pelanggan dan objektif website.

    2. 2

      Perancangan

      Susun halaman, kandungan, navigation dan CTA.

    3. 3

      Reka Bentuk

      Bina visual yang konsisten dengan identiti bisnes.

    4. 4

      Pembangunan

      Implementasi website, responsive layout dan integrasi.

    5. 5

      SEO & Testing

      Semak struktur, metadata, link, form, mobile dan fungsi utama.

    6. 6

      Launch

      Sambung domain/SSL dan lancarkan website.

    7. 7

      Sokongan

      Bantu dengan penyelenggaraan dan penambahbaikan selepas pelancaran.

    Tidak Pasti Servis Mana yang Sesuai?

    Jika anda tidak pasti sama ada anda memerlukan website baru, redesign, SEO atau Local SEO, kami boleh bantu anda tentukan keutamaan berdasarkan keadaan website dan objektif bisnes anda. Tidak semua masalah memerlukan pakej yang besar; kadang-kadang beberapa penambahbaikan yang tepat sudah memadai.

    Dapatkan Sebut Harga Percuma

    Kenapa Nibong Web Studio?

    • Fokus kepada keperluan PKS dan bisnes tempatan
    • 30+ projek website dalam pelbagai industri
    • Pendekatan yang menggabungkan design, development, SEO dan conversion
    • Website dibina supaya jelas kepada pelanggan dan mudah difahami oleh enjin carian
    • Pilihan sokongan selepas pelancaran
    • Berpangkalan di Penang dan melayani bisnes di seluruh Malaysia

    Rujukan Berguna

    Sebelum membuat keputusan, rujukan berikut boleh membantu anda memahami kos, proses dan sebab website sukar ditemui di Google.

    Soalan Lazim

    Mula dengan satu perbualan ringkas

    Perlukan website baru, mahu memperbaiki website sedia ada atau mahu mula membina trafik daripada Google? Beritahu kami tentang bisnes anda dan kami akan cadangkan langkah yang sesuai.